Followers

Novel Pelangi Senja

Novel pertamaku - PELANGI SENJA

Harga : RM20.80
ISBN : 978-967-12217-0-9

Cetakan 1 - 2013
Akan ku corakkan warna-warna
kehidupan ini seindah warna pelangi

Sinopsis : 

Memang dia pernah dilukai.

Malah di sudut hati dia masih merasakan kelukaan itu, tetapi kasih sayangnya
terhadap Lia tidak pernah berhenti. Cinta Roslan sentiasa abadi.
Walau hatinya berkecai tetapi cinta itu tidak pernah pudar.

Cinta Roslan ditolak, Lia menerima cinta lelaki lain,
tetapi kehidupanya tidak seperti yang diimpikan.
Menjadi isteri ke-3 kepada lelaki bernama Ayub tidak semudah yang disangka.
Lia terperangkap dalam kelukaan hasil lakaranya sendiri.

Roslan pula tetap menunggunya. Dipertemukan kembali
dengan Lia membuat jantung Roslan seakan berhenti berdetik.

Tapi apakan daya, di saat itu Lia sudah dimiliki ...

Namun takdir Allah tiada siapa yang tahu. Lia kembali bersendirian 
selepas peristiwa demi peristiwa dilaluinya.

Di saat Roslan hampir memiliki Lia, ibunya pula merancang
untuk mengahwinkan Roslan dengan wanita pilihannya.

Ketegasan Roslan untuk bersama Lia membuat ibunya berang.
Lia diherdik dan dihina ibu roslan.

Lia melarikan diri dari Roslan. Roslan mencari dan terus mencari.

Mampukah Roslan memenangi hati Lia kembali. Tegarkah Lia untuk
menerima cinta seorang lelaki setelah hatinya dirobek.

Namun Roslan tidak berputus asa, dia pasti Lia tetap miliknya abadi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...