Followers

Sunday, January 12, 2014

Sudah seminggu sessi persekolahan bermula.  Ini bermakna sudah seminggu juga saya seperti ibu-ibu di luar sana sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak.  Sibuk dengan urusan di pejabat dan di rumah, itu perkara biasa bagi ibu-ibu yang bekerja. 

Novel ke dua... jalan ceritanya sudah ada... watak-wataknya juga sudah berada difikiran.   Namun kesibukan dengan tugas dan kerja harian membuatkan semuanya terhenti.  Baru menaip sebanyak 50 mukasurat si kecil sudah mula merengek!

Ermm...  bila nak siap tu.... apapun semua itu tidak menghalang minat saya untuk terus menulis.  Saya akan cuba meluangkan masa untuk tujuan itu. 

Saya sudah biasa dengan kesibukan dan sesungguhnya kesibukan itu merupakan satu cabaran dan ada ketikanya mendatangkan keseronokan.

Akhir kata... Salam sayang untuk kawan-kawan di luar sana. 

Hingga berjumpa lagi dicoretan yang akan datang.

Sunday, January 5, 2014

Pelangi Senja aku bermula

Hampir 6 bulan ku mengadap laptop. Menyiapkan novel Pelangi Senja... Itulah matlamat ku. Bagi penulis terkenal dan berpengalaman 6 bulan merupakan satu tempoh yg panjang untuk menghasilkan sebuah novel, Namun bagi ku yang baru bertatih ianya satu kejayaan yg amat besar bagi diri ku. Novel ini tidak akan berjaya tanpa keizinan dari Nya dan aku tersangat bersyukur kerana Dia memberi ku kelapangan fikiran untuk menyiapkannya hingga ke noktah yang terakhir.

Kini baru ku sedar menulis tidak lah semudah membaca dan di saat-saat kekeringan idea hati mula berkata.. Perlukah aku teruskan? Kenapa aku bersusah payah untuk menyiapkannya sedangkan tiada seorang pun yang memaksa aku untuk melakukannya... Namun di sudut hati ku juga berkata.. Fazimah... Kita tidak Akan mengetahui kemampuan kita selagi kita tidak mencubanya. Kekurangan dan kritikan bukan lah satu penghinaan tetapi ianya memberi ku semangat untuk menghasilkan sebuah novel yg lebih bermutu di masa akan datang... Insyaallah.

2 hari bercuti menguruskan persekolahan anak-anak. Sempat juga berjumpa dengan kawan lama. Kami bercerita dari satu topik ke satu topik dan sudah semestinya dia bertanya kan penglibatan saya di dalam bidang penulisan. Tiada apa yang ingin saya kongsikan kerana saya bukan siapa-siapa malah untuk digelar seorang novelis pun belum layak. Jawapan saya hanya satu... Minat! Tiada yang lain selain minat. Di mana Ada kemahuan di situ ada jalan, and of cos dengan izin Nya.

Ingin saya berkongsi perasaan saya dengan rakan-rakan di luar sana... Di saat buku saya bertukar tangan kepada pembeli. Saya tidak boleh tidur lena. Terfikir kan apalah reaksi mereka? Menyesalkah mereka mengeluarkan wang untuk membeli buku saya yang tidak sepertinya ini.

Teringat saya orang pertama yang beli buku saya ialah salah seorang penjual tudung di Giant Bangi ( dulu dikenali dgn Warta). Selepas itu 2 minggu saya tidak berani untuk menunjukkan muka saya di situ, saya khuatir kalau-kalau saya dimarah kerana menjual buku yang tidak bermutu. Namun selepas tempoh 2 minggu saya kuatkan semangat, dengan perasaan gementar saya kembali menjejaki penjual tudung tersebut ingin mendapatkan reaksi dari beliau, alhamdulillah di saat saya muncul dihadapannya dia meluru mendapatkan saya dan berkata 'eh akak .. Saya dah habis baca buku akak' saya tersenyum dan bertanya... ' bagaimana agak2 boleh tak saya terus menulis or cukup setakat ini sahaja?' Alhamdulillah jawapan yg diterima sangat positif, 'teruskan kak.. Akak ada bakat menulis cuma ada beberapa ruang yang perlu diperbaiki' terima kasih dik... Sesungguhnya komen-komen tersebut membakar semangat saya untuk terus menulis dan menghasilkan tulisan yang terbaik... Insyaallah.

Tuesday, December 31, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...